hot vs sexy !

May 13, 2013


assalamualaikum,,


I'm HOT : Ramai yang pelik bila seorang muslimah yang lengkap menutup aurat sempurna dan berpurdah dilabelkan sebagai 'hot'. Sebab istilah hot sering dikaitkan dengan hot chick yang seksi-meksi tu.  Hot yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah 'kepanasan api neraka'. Maksudnya, jangan sentuh dia kalau tak nak merasa panas api neraka.

Anonymous : Lelaki yang pakai topeng Anonymous tu pula bagi menggambarkan seseorang yang tidak dikenali. Bila dah tak dikenali, secara automatik ia akan dilabel sebagai bukan mahram. Maka haramlah bersentuhan antara bukan mahram. Tengoklah gayanya seperti ingin menyentuh muslimah tersebut.
"I'm hot. So, please dont touch me because you are anonymous. Not my husband." 

Kadang-kadang, kita tengok perempuan yang lengkap menutup aurat itu masih tidak menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan mahram. Sebab itu wujudnya persepsi negatif masyarakat yang tak bertudung terhadap wanita bertudung. Sebab itu juga wujudnya alasan tipikal wanita yang degil tidak mahu menutup aurat  yang mengatakan "bertudung tak semestinya baik".

"Harap tudung je labuh, tapi perangai....?"

Kenapa perlu disalahkan tudung bila si pemakainya yang buat perangai? Tegurlah si pemakai tudung, bukannya tegur tudung. Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Sekurang-kurangnya mereka dah terlepas dari azab siksa tidak menutup aurat. Memang benar yang bertudung itu tak semestinya baik. Tapi, orang yang baik pasti akan menutup aurat. Sebab, tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan Pencipta-Nya. 




kopipasta//penpatah

You Might Also Like

2 comments

  1. betul tu..ramai org bile org yg bertudung buat something yg xbaik msti ckp baik xpayah pakai tudung sbb yg pakai tudung pun lg teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu,, tula,, dia xleh beza mane satu kewajipan atas seseorang,, bertudung tu kan mmg wajip,, xkira la dia baik k jahat :)

      Delete

sisunglybetty. Powered by Blogger.