sempurna kan dirimu

April 17, 2013

assalamualaikum,, 
mesti ramai yang nak nmpak cantik,, nmpak indah dimate org lain kan?
so,, cikgadis nak kongsi tips,,
 
check it out :P
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air 

wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitik dan kering sendiri. selepas itu ambillah 

sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.



2. Untuk hilangkan stress, banyakkan ‘senaman ’. Cukup dengan memperbanyakkan 

solat. Semasa  solat, kita

 mengerakkan seluruh tubuh. dan berkomunikasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, amalkan dengan senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga 

di hati. Jangan lupa 'doa’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin 

Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah

 memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, jangan berbohong atau menyakiti 

hati orang lain, tidak sombong diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin 

dan Khamis. Jikalau kuat, 

lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, 

perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan

banyak dikenal dan  disayangi.


sekian dan selamat beramal :)

You Might Also Like

4 comments

sisunglybetty. Powered by Blogger.